19hb Oktober 2019 jam 8.30 pagi


KEJOHANAN SUKAN "TUG OF WAR" TARIK TALI telah diadakan di Padang Awam berhadapan Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Subang. Pertandingan yang melibatkan peserta-peserta dari KRT LILI ( 3 team), KRT KIAMBANG dan KRT MELATI ( Blok 15 & 16, 17 & 18 dan 19 & 20), peserta-peserta polis dari IPD Shah Alam serta team bomba dari Bukit Jelutong.




Pertandingan berlangsung dengan baik dan lancar walaupun kawasan padang agak lechak kerana hujan semalaman. Alhamdulilah...sepanjang pertandingan berlangsung, cuaca amat cerah sekali dan mmbantu kelancarannya.


Semangat kesukanan jelas terlihat walaupaun terpaksa bersaing dengan team yang amatur seperti team IPD Shah Alam dan team Bomba Bukit Jelutong.  Semangat yang tidak kenal erti mengalah dan pujian patut diberi pada semua peserta.


Akhirnya, team polis dari IPD Shah Alam menjuarai TUG OF WAR 2019 membawa pulang hadiah wang tunai RM 1000,medal dan hamper diikuti oleh pasukan Bomba Bukit Jelutong dengan hadiah wang tunai RM 700, medal dan hamper, team dari KRT 19 & 20 menduduki tempat ketiga memenangi RM 500 serta medal dan hamper, sekaligus menjadi juara peringkat U16....


Manakala tempat keempat diduduki    
oleh team dari KRT Kiambang yang 
turut memenangi RM 300, medal dan 
hamper.


Semoga sukan seperti ini mampu melahirkan komuniti yang bekerjasama dan saling membantu.  



BERSATU KITA KUKUH...BERCERAI KITA JATUH.........